Ini Post pertama saya : Kenapa pasaran Online?

Bercakap mengenai pasaran Online, terlalu banyak informasi dan maklumat yang berkaitan untuk dirujuk. Sebagai pengguna internet, saya juga berhadapan dengan lambakan informasi dan menjadi  terlalu teruja untuk menjadikan setiap informasi yang diperolehi untuk step-in action.

Sejak Telekom menyediakan perkhidmatan 1515 untuk jaringan internet, perkembangan capaian internet mendadak sehingga menjadikan 20 tahun ini (1997 – 2017) sebagai dunia tanpa sempadan untuk rakyat. Di Malaysia, dengan kepadatan penduduk yang mencecah hampir 31 juta; adalah menjadi cabaran untuk  menyediakan landasan berkelajuan tinggi bagi setiap penduduk.

Sebagai rekod, berdasarkan laporan internetlivestats.com, penembusan internet di Malaysia hampir mencecah 70% dari jumlah kepadatan penduduk di Malaysia. Ini bermakna, hampir 22 juta penduduk di Malaysia sudah mencapai akses internet. Di bawah, adalah rajah laporan pada tahun 2016 yang menunjukan pengguna Internet di Malaysia.

Faktor Supply & Demand 

Lihat rajah di bawah pula, dari tahun 2006 hingga 2016, selama 10 tahun ini sahaja melihatkan peningkatan hampir sekali ganda pengguna internet di Malaysia. Perkembangan yang pantas ini, akan menjadi trend menaik yang menjadikan pengguna di Malaysia lebih terbuka dan sebagai isyarat kepada “Open Market” yang menjadi peluang kepada setiap peniaga. Apa maknanya? Ya, internet atau Online akan menjadi Pasaraya yang sangat besar untuk setiap peniaga membuat pengeluaran dan tawaran (Supply & Demand). Tapi bagaimana kita mahu gunakan maklumat ini sebagai permulaan platform “Pasaran Online?”. Jom kita kupas lagi..

Sumber : http://www.internetlivestats.com/internet-users/malaysia/

Kita tahu, di Malaysia hampir 22juta penduduk telah mencapai akses internet yang bagus. Terima kasih kepada penyedia Internet berkelajuan tinggi seperti TMNet, Maxis, Digi, Celcom, dan lain-lain. Kepercayaan pengguna kepada traksaksi di Internet juga menjadi panentu kepada peningkatan ini, lihat apabila Bank-bank di Malaysia seperti Maybank dan CIMB mula mendidik pelanggannya menggunakan aplikasi internet untuk membuat pelbagai transaksi. Inisiatif kerajaan dengan pembentukan MDeC, Cyberjaya, HSBB plan menjadikan faktor penembusan internet yang tinggi di Malaysia. Tidak salah kalau kita mahu katakan, Malaysia adalah negara yang mempunyai infrastruktur internet terbaik di kalangan negara-negara ASEAN.

‘Kegilaan’ Media Sosial

Di Malaysia, seawal 2004 media sosial telah menjadi popular di kalangan pengguna internet di Malaysia. Friendster yang lebih awal dari itu, menjadi bualan di kalangan pengguna. Lebih awal lagi sebelum itu, MiRC chat platfom menjadi begitu ‘havoc’ sehingga untuk mencari jodoh kena cari di pintu MiRC. Namun begitu, kewujudan Friendster, MiRC dan lain-lain pada ketika awal itu, hanya sekadar untuk rangkaian komunikasi dan rangkaian kenalan rakan. Sehinggalah pada 2006, benar-benar bertapak perkembangan yang meluas media sosial di kalangan pengguna internet.

Bermula dengan Facebook, rangkaian media sosial yang menggunakan “connectivity algorithm” ia menghubungkan pengguna dengan pengguna lain secara atas talian. Algorithm Facebook menjadikan perkongsian maklumat di platformnya menjadi begitu pantas dan popular. Seterusnya, Twitter, Linkedin, Instagram dan banyak lagi. Kelahiran media sosial yang meluas ini menjadi ‘kegilaan’ di kalangan pengguna internet di Malaysia.

Capaian yang mudah melalui telefon bimbit menjadi salah satu faktor Media sosial begitu popular di kalangan pengguna internet di Malaysia. Telefon bimbit pintar (Smart Mobile Phone) adalah menjadi keperluan kepada pengguna pada masa kini dan ini membolehkan komunikasi secara rangkaian sosial lebih berkesan.

Berdasarkan ini, kita dapat lihat trend komunikasi dan sebaran maklumat yang meluas di kalangan pengguna internet. Perubahan yang ketara dalam situasi berkomunikasi, yang sebelum ini hanya sekadar perkongsian kenalan, maklumat dan gambar; kini media sosial telah menjadi laluan besar kepada komunikasi 2 hala yang melibatan faktor ‘Supply & Demand’. Pasaran baru telah dibuka iaitu “PASARAN ONLINE”

Disinilah bermulanya 

Kini 2017, setelah lebih 10 tahun media sosial bertapak di Malaysia dan Pasaran Online menjadi begitu besar yang telah melonjakkan pelbagai jenama produk dan aplikasi online. Pengukuhan jenama atau Brand menjadi keutamaan di kalangan peniaga Online selain untuk melonjakkan jualan dan pendapatan. Online sebagai platform yang terbaik untuk melonjakkan BRAND dan mengaut keuntungan. Sebagai contoh, lihat rajah di bawah yang diambil dari sumber SosialBakers (platform statistik pengguna Sosial Media). Mengambil contoh Facebook sahaja, di Malaysia ECommerce (Dagangan Online) menjadi ikutan paling ramai oleh Fans sehingga mencecah 32 juta orang. Diikuti untuk bahagian kecantikkan, Elektronik, Perkhidmatan dan Jualan Makanan. Semua ini hanya berlaku di Facebook sahaja, dan pelbagai jenama produk telah menggunakan platform Facebook ini untuk meningkatkan Brand dan membuat jualan.

Sumber : Socialbakers report

Gelembung Pasaran Online menjadi semakin besar dengan kewujudan pelbagai Jenama (Domain) berasaskan online. Ambil contoh dalam bidang Fashion dan kecantikkan, kita lihat pelbagai jenama timbul dengan pesat melalui Pasaran Online. Pengguna muda (berumur 18-36 tahun) yang gemar membeli secara online menjadi faktor utama yang menjadikan Pasaran Online teguh untuk mengana pendapatan.

Berdasarkan sumber dari ecommerceiq.asia; kita lihat bagaimana Pasaran Online ini mempengaruhi peningkatan jenama produk. Pelbagai platform jualan B2C (Business to Customer), B2B (Business to Business) & C2C (Customer to Customer) wujud untuk meraih peluang dari kehebatan Pasaran Online ini. Siapa tidak kenal akan Amazon, eBay & Alibaba? Semua ini adalah platform Pasaran Online terbesar dunia yang meraih berbillion pendapatan. Juga telah membantu ramai usahawan menjana pendapat jutaan melaluinya.

Di Malaysia, kedatangan Lazada, 11Street, Zalora dan lain-lain juga memberi kesan amat positif dalam peningkatan “Supply & Demand” dalam Pasaran Online. Sebagai contoh dalam rajah dibawah, sehingga Mei 2017 Lazada telah mencapai lebih dari 30 juta pengunjung yang melayari portalnya. Perkara ini adalah disebabkan pengguna kini lebih terarah untuk berbelanja dengan lebih besar melalui Pasaran Online.

 

Posisikan jenama dan produk anda untuk besada di Pasaran Online. Pelbagai platform yang boleh digunakan untuk menjadikan jenama lebih terkenal dan meraih pendapat melaluinya. Ambil contoh Lazada & 11street, berjuta ringgit digunakan oleh mereka untuk mempromosikan Brand secara aktif; ambil peluang untuk senaraikan dan menjual produk melaluinya. LIhat rajah dibawah, bagaimana Lazada, 11street diterima oleh pengguna online di Malaysia.

Sumber : https://ecommerceiq.asia/top-ecommerce-sites-malaysia/

 

Ambil peluang “Tembus Pasaran Online”

Kehebatan Pasaran Online dengan faktor “Supply & Demand” yang sangat tinggi menjadikan ia sebagai platform jualan yang paling utama pada masa kini. Kecanggihan teknologi, kemudahan infrastruktur yang baik dan faktor pengguna yang gemar berbelanja secara Online menjadikan ia lebih mudah untuk dilakukan.

Dari hampir 22juta pengguna yang actif secara online, hampir 25% daripadanya gemar berbelanja secara online dan sungguh yakin menjalankan transaksi secara online. Rebutlah peluang untuk memancing, kerana umpan yang tepat akan terkena kailnya.

Selamat berjaya Tembusi Pasaran Online!

2 thoughts on “Ini Post pertama saya : Kenapa pasaran Online?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *