Bina Profile di Pasaran online

Bagaimana untuk bermula di Pasaran Online? Bagaimana untuk posisikan diri serta Jenama produk dalam dunia Pasaran Online?. Untuk mencapai itu, anda perlu memahami persekitaran Pasaran Online terlebih dahulu dan baca post saya sebelum ini. Klik Sini.

Di Malaysia, aktiviti rangkaian online banyak dipengaruhi oleh Media Sosial yang menjadi begitu popular. Ambil rekod Facebook sahaja, hampir keseluruhan 22juta pengguna Internet di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya 1 akaun Facebook. Kekuatan media sosial ini berjaya membantu seseorang atau organisasi untuk menempatkan diri dalam pasaran opine dengan kukuh. Membina ‘Fans’ adalah satu kaedah untuk memperkukuhkan profile di Pasaran Online.

Lihat kedudukan rajah di bawah berdasarkan sumber SocialBakers.com, kita lihat bagaimana Personaliti-personaliti di Malaysia membina profile melalui Fans di Facebook. Begitu juga melalui Instagram, lihat “TOP 100 Most Popular Malaysians On Instagram” <– Klik Sini

Bagaimana untuk bermula di Pasaran Online? Bagaimana untuk posisikan diri serta Jenama produk dalam dunia Pasaran Online? Sebagai permulaan, wujudkan diri anda di dalam laman media Sosial yang popular di Malaysia. Sedikit pengetahuan online diperlukan dan semuanya percuma untuk dilakukan. Antara laman sosial yang perlu anda buka akaun adalah:-

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Linkedin

Empat laman sosial di atas adalah antara yang popular di Malaysia, dan kenapa perlu ada akaun di Laman Sosial? Di sini saya terangkan kenapa ianya sangat perlu.

  1. Laman sosial adalah rangkaian komunikasi yang sangat pantas berkembang dan mempunyai kelompok pengikut jutaan pengguna
  2. Data profile pengguna adalah spesifik, mempunyai kekuatan SEO, dan algorithm connectivity yang sangat pantas.

Maka, kita gunakan sedikit pengetahuan yang ada untuk membina profile di Pasaran Online. Saya terangkan secara ringkas bagaimana Media Sosial membantu membina profile anda.

  1. Facebook – bina akaun personal, buka fanpages atau Group. Berguna untuk meningkatkan conversation 
  2. Twitter – Bina follower dengan pantas melalui pesanan teks yang ringkas
  3. Instagram – Bina follower, menumpukan kepada pendekatan Touch-in-Picture , kekuatan hastag #
  4. Linkedin – Bina profile diri atau organisasi secara profesional. Lebih kepada skills, professionalism & ethics approach  

 

Membina Profile di Pasaran Online

Membina profile di Facebook. Klik sini untuk membuka akaun Facebook secara percuma.

 

Buka akaun Twitter

Klik di sini untuk membina akaun di laman sosial Twitter.

 

Buka akaun Instagram

Klik sini untuk buka akaun Instagram.

 

 

Buka akaun di LinkedIn

Klik sini untuk bina akaun professional anda di LinkedIn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *