TRUST : Bagaimana bina Profile Online yang diyakini

Profile Online merupakan asas untuk anda menjalankan perniagaan dalam Pasaran Online. Kekuatan profile akan memberikan impak yang sangat kuat dalam pasaran di Malaysia dengan pengguna online sehingga 22juta orang. Lihat statistik disini. Membukan Profile Online adalah mudah, tetapi untuk membina keyakinan kepada profile tersebut merupakan strategi yang amat penting.

Berikut saya kongsikan bagaimana untuk menjadikan profile online anda lebih diyakini oleh pengguna-pengguna online yang lain:-

  1. Buat profile dengan kemas

    Profile yang kemas, tersusun akan mudah diingat oleh orang lain atau pelanggan.

  2. Letak gambar sendiri / Jenama

    Lebih baik letak gambar ‘Owner’, sebab akan wujudkan trust value kepada profile

  3. Buat ringkasan “Bio” yang jelas

    Pengguna gemar melihat siapa diri anda, tulis ringkas berkenaan kekuatan diri anda

  4. Pilih gambar background yang berkaitan

    Pilih background profile yang melambangkan diri anda atau perniagaan. Pastikan saiz yang betul.

  5. Tulis/update maklumat yang boleh dipercayai

    Etika ketika memuatnaik ‘update’ perlu sesuatu yang mempunyai kredibiliti dan bertanggungjawab

  6. Jangan buat terlalu banyak share link yang tidak sesuai

    Buat ‘share’ tanpa bertanggungjawab akan mengundang kepada kejatuhan ‘trust value’ kepada profile anda.

  7. Hati-hati klik pada “Viral Apps” yang akan rosakkan akaun anda

    Kurangkan ‘download’ viral apps dalam profile anda. Ia akan menyebabkan ‘unethical sharing’ yang berlaku secara automatic dalam profile anda.

  8. Buat testimoni berkaitan produk (Video atau Teks)

    Ini penting. Ia akan memberikan impak yang sangat kuat untuk pengguna/pelanggan menyakini profile anda

  9. Kerap update status dan kongsikan

    Untuk tingkatkan ‘conversation rate’ pastikan kerap memuatnaik update dan perkongsian di Profile anda.

  10. “Be Yourself”

    Bertanggungjawab. Bina kekuatan Profile Online anda dengan jujur dan ini akan meningkatkan keyakinan pelanggan.

1 thought on “TRUST : Bagaimana bina Profile Online yang diyakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *