6 langkah bagaimana bina USP (keunikkan produk)

Sebelum ini saya ada menulis berkenaan profile di online, pasaran online dan bagaimana untuk membina ‘trust’ dalam dunia pasaran online. Namun, bagaimana untuk menempatkan diri kita dalam dunia online yang begitu besar begini. Bagai mencari jarum di sebuah padang bola sepak. Maka, kita perlu sinarkan profile/produk agar mudah untuk diketahui oleh pelanggan iaitu dengan meningkatkan “Unique Sales Proposition (USP)”. Hari ini, saya akan menyediakan proses langkah demi langkah untuk mewujudkan USP yang akan membantu anda memanfaatkan aktiviti pemasaran dan perniagaan anda.

Kita pelajari dulu, Apa itu USP?

USP adalah asas dalam pembentukkan sesuatu pemasaran. Wujudnya USP akan menguatkan lagi strategi pemasaran. Secara ringkasnya, USP ini menjadikan produk/perkhidmatan anda amat bermakna dan mempunyai keistimewaan yang lain dari pesaing.USP ini menjelaskan secara keseluruhan berkenaan produk anda pada satu ayat yang ringkas. Ia akan menentukan matlamat dan misi perniagaan untuk setiap pelanggan yang menggunakan produk anda. USP yang berjaya boleh digunakan sebagai slogan syarikat dan harus dimasukkan ke dalam semua kegiatan pemasaran anda.

OK, sekarang kita jelas mengenai apa yang dimaksudkan dengan USP dan mengapa ia sangat berharga. Seterusnya, mari kita mula bagaiman untuk membinanya.

Langkah 1: Anda perlu Jelas pada Sasaran Pelanggan

Sebelum anda mula untuk memperkenalkan produk/perkhidmatan, pastikan anda telas siapa target/sasaran pelanggan anda. Biarlah produk/perkhidmatan ini sesuai untuk kelompok sasaran pelanggan yang tertentu. Sebagai contoh, jika anda mempunyai kepakaran menjaga bayi, pastinya anda perlu memasarkan perkhidmatan anda di kawasan-kawasan perumahan yang baru; kerana di situ terdapat ramai keluarga-keluarga muda yang bekerjaya dan sangat memerlukan perkhidmatan tersebut. Jelas pada sasaran.

Langkah 2: Jelaskan masalah yang anda boleh selesaikan

Dari perspektif setiap pelanggan anda, apakah keperluan atau cabaran individu yang dihadapi oleh mereka dan anda dapat menyelesaikannya? Anda jadi ‘Problem Solver’ bagi mereka

Langkah 3: Senaraikan Manfaat Tersendiri Terbesar

Dalam langkah ini, senaraikan 3-5 manfaat terbesar pelanggan mendapat dari memilih untuk bekerja dengan anda yang mereka tidak dapat dari orang lain (iaitu, apa yang membezakan anda daripada persaingan anda). Sekali lagi, memikirkan perspektif pelanggan, manfaat ini harus menjelaskan mengapa perkhidmatan anda penting kepada mereka dan mengapa mereka akan memilih anda daripada pembekal lain.

Langkah 4: Pastikan Janji Anda

Sebahagian besar kejayaan sesuatu USP adalah dengan memberikan janji yang dibuat kepada pelanggan. Walaupun anda tidak perlu menunjukkan secara jelas berkenaan janji ini kepada pelanggan, namun dalam langkah ini anda perlu tulis janji-janji yang terbaik boleh diberikan kepada setiap pelanggan.

Langkah 5: Gabungkan setiap perkataan, ayat dan ‘rework’

Sebaik sahaja anda telah selesai melengkapkan langkah 1-4, ambil semua maklumat yang anda telah senaraikan dan gabungkannya menjadi satu perenggan atau ayat. Pastinya ada ayat dan idea yang berulang, jadi anda perlu bijak mengabungkannya dan tulis semula berdasarkan kekuatan produk/perkhidmatan anda.

Langkah 6: Memudahkan ayat (Simplify)

Dalam langkah ini, ambil perenggan atau ayat anda dari langkah 5 dan keluarkannya lagi ke dalam satu ayat sahaja. Anda mahu USP terakhir anda menjadi seperti yang khusus dan semudah mungkin dan senang diingat.

Jadi, itu adalah 6 langkah yang perlu untuk anda lakukan bagi mendapatkan USP terbaik. Lakukan berulang kali jika masih belum jumpa, kerana apabila anda dapat menemukan USP yang just berbanding pesaing lain; anda selangkah telah berjaya menakluk pasaran online.

Adakah anda sudah mempunyai USP? Jika belum, bila lagi?

1 thought on “6 langkah bagaimana bina USP (keunikkan produk)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *