4 “LUBUK” POSISIKAN PRODUK DI PASARAN ONLINE

Pasaran Online merupakan pasaran yang cukup besar dan membolehkan berbillion traksaksi berlaku dalam masa yang singkat. Tidak hairanlah kalau antara top 5 orang paling kaya di dunia antaranya mempunyai perkhidmatan & produk yang berkaitan pasaran online. Adalah satu kejayaan jika produk anda cukup popular di pasaran online, kerana pelanggan online adalah amat proaktif dan mempunyai terlalu banyak pilihan. Maka anda perlu perkemaskan USP setiap produk, kerana ia amat penting dalam meletakkan produk anda lebih baik dari pesaing lain.

Kini 2017, merupakan tahun anda. Posisikan produk anda di pasaran online, dan ketahui “lubuk-lubuk” yang cukup hebat untuk anda posisikan diri.

Kena ingat, kenapa kena pilih “lubuk” ini semua? kerana setiap lubuk ini telah mempunyai kepercayaan yang tinggi oleh majoriti pengguna online, brand yang kuat, stabil serta professional.

Di Malaysia sahaja, hampir ada 30 lebih “lubuk” yang popular dan mempunyai kekuatan pelanggan yang menyakinkan. Terima kasih kepada ecommerceIQ kerana menyediakan rajah dibawah bagi memudahkan pemahaman. Lihat bagaimana di Malaysia, lubuk-lubuk ini berhubung dan membuat keuntungan bagi mereka yang bijak menggunakan pasaran online. Hebat!

Sumber: www.ecommerceIQ.asia

Di sini, saya kongsikan dengan ringkas bagaimana anda boleh posisikan produk/perkhidmatan anda di Pasaran Online. Secara amnya, pasaran online ini terbahagi kepada 4 bahagian platform pasaran. Anda boleh posisikan di salah satu bahagian platform atau sebaiknya gunakan sepenuhnya kekuatan platform-platform pasaran tersebut.

Media Sosial & Apps

Platform media sosial & apps adalah platform yang sangat mudah untuk mula-mula anda posisikan diri/produk/perkhidmatan di Pasaran Online. Di Malaysia, pengguna online mojiritinya menggunakan 4 platform ini untuk komunikasi dan memasarkan perniagaan. Facebook, Instagram, Whatapps dan Carousell adalah yang kerap digunakan dan anda perlu menjadikan keempat-empat media ini sebagai platform pemasaran online.

 

Website B2B

B2B merujuk kepada “Business to Business” yang menjadikan platform ini lebih besar peranannya. Selalunya platform ini hanya untuk syarikat-syarikat/kilang yang mengeluarkan produk sendiri.

Sebagai contoh, pasaran online di Alibaba.com adalah sangat besar dan ia menyeluruh seluruh dunia.

Termasuk juga platform dari Malaysia ini, DagangHalal yang berfungsi memasarkan produk-produk halal ke seluruh dunia. Apa yang anda boleh lakukan, tempatkan produk anda di platform ini dan mereka akan lakukan pasaran untuk anda secara automatik. Menarik bukan?

Website B2C

11Street dan Lazada adalah antara website “marketplace” yang sangat berkesan untuk anda posisikan produk di pasaran online. Dengan jutaan pelanggan setia dan rating kunjungan bulanan yang tinggi, anda jangan lepaskan peluang untuk posisikan produk anda di sini. Konsep B2C (Business to Customer) adalah sangat popular kerana ia terus menghubungkan terus dengan pembeli. Anda boleh daftar percuma sebagai “Seller” di kedua-dua platform ini, dan menyenaraikan produk anda di halaman web mereka.

Bagi membantu anda sebagai peniaga, 11Street ada menyediakan perkhidmatan jurugambar secara percuma bagi memastikan imej produk anda nampak menarik dan menyakinkan.

Kedua-dua platform ini popular di Malaysia, dan penyenaraian produk disini akan menaikkan rating profile anda di pasaran online. Pastikan anda baca dengan jelas setiap terma & syarat yang diberikan oleh pihak mereka.

Website C2C

Laman ini adalah sangat popular ketika Malaysia dilanda dengan “ads link”. Kekuatan laman ini adalah ia mempunyai pengikut dan “trust value” yang tinggi dan brand-nya sudah bertapak lama di Malaysia. Konsep C2C “Customer to Customer” memudahkan semua orang mengiklankan dan posisikan diri di Pasaran Online. Sangat mudah dan anda boleh lelong apa sahaja barang di laman website ini. Apa yang anda kena pastikan adalah “Value & Trust Customer” itu yang penting.

 

Kini anda sudah tahu di mana lubuk-lubuk utama untuk posisikan produk anda di Pasaran Online. Apa yang saya kongsikan adalah platform yang mudah, percuma dan popular di Malaysia. Untuk perkongsian akan datang, saya akan kongsikan bagaimana untuk mendaftar & menyenaraikan produk anda di platform-platform tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *