Ketahui 3 aplikasi untuk “Upgrade” imej produk anda

Untuk berada di Pasaran Online, anda perlu memperkuatkan profile produk dan menjadikannya lebih diyakini dan berjaya menarik pelanggan untuk membeli. Selain daripada harga, kehebatan USP dan pembungkusan; perlu diambil perhatian adalah persembahan gambar produk untuk pelanggan melihat dalam online.

Kehebatan cara persembahan gambar sangat mempengaruhi pelanggan dalam dunia online. Instagram dibangunkan atas faktor ini, ia mengambil peranan “gambar yang cantik” sebagai faktor yang besar untuk setiap follower.

Gambar yang menarik dan membuatkan pengguna online tertarik. Ini boleh dilihat apabila website-website seperti Etsy, AirBnB, Pinterest dan banyak lagi; menekankan kekuatan gambar yang cantik untuk paparan pelanggan-pelanggannya.

Berdasarkan pengalaman saya, disini saya kongsikan bagaimana anda boleh “upgrade” gambar produk tanpa mengeluarkan kos yang banyak atau mengupah jurugambar professional. Seronok kan?..

 

CANVA

Canva adalah aplikasi online yang anda boleh gunakan untuk “edit” imej secara percuma. Ia tidak perlu di “download” ke dalam komputer anda kerana ianya boleh diakses terus melalui online. Percuma dan sangat mudah digunakan. Kekuatan canva adalah, ia mempunyai template yang sangat banyak dan memudahkan untuk anda membuat sesuatu dengan cepat.

Antara template yang ada adalah untuk membuat banner, facebook ads, instagram image, twitter image, broucher, logo dan lain-lain. Semua template teal tersedia dengan imej dan konsep. Apa yang anda perlu buat adalah ubah gambar dan tukar perkataan. Mudah!.

 

PICMONKEY

PicMonkey adalah sangat menarik dan percuma. Walaubagaimanapun, ia mempunyai pilihan version yang berbayar jika inginkan tools tambahan. Namun, apa yang ingin dikongsikan disini; dengan menggunakan PicMonkey anda tidak perlu ada kemahiran tinggi untuk ‘edit’ sesuatu gambar kerana PicMonkey sudah menyediakan banyak tools seolah-olah anda seorang yang profesional.

PicMonkey ia menekankan kepada ‘touch up’, membolehkan anda mengubah kehebatan sesuatu gambar seperti pro. Cubanya hari ini.

 

BEFUNKY

Befunky adalah salah satu platform untuk ‘edit’ gambar secara online. Ianya percuma dan anda boleh juga download secara aplikasi di mobile anda. Ianya mempunyai banyak tools yang menarik untuk memberikan ‘effect’ yang segar kepada gambar anda. Cubanya hari ini.

Jadi, saya sudah kongsikan 3 aplikasi online yang mudah untuk anda gunakan dalam menjadikan imej produk lebih menarik dan segar. Anda perlu “upgrade” setiap imej agar pelanggan minat untuk melanggan produk atau perkhidmatan. Jika anda mahu melihat secara jelas perbandingan antara ketiga-tiga aplikasi ini, anda boleh klik sini untuk mendapatkan maklumat lengkap.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *