Sections
Newsletter
Email:
Niaganews
Anda berminat untuk memaparkan berita perniagaan anda di Niaganews.com?
Kenali Usahawan
Utama | Columnist | NordenMohamed | Pemasaran Bab 1 : Pengenalan

Pemasaran Bab 1 : Pengenalan

image

Pengalaman saya yang paling berkesan dalam mempraktikkan pemasaran adalah untuk syarikat ALAF DUA PULUH SATU iaitu sebuah penerbit buku kreatif dan ilmiah. Saya masih lagi menerajui syarikat ini sejak ia mula beroperasi pada tahun 1997

Terlebih dahulu, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada niaganews.com kerana mempelawa saya memberi sumbangan di ruangan ini. Sebelum anda mengikuti tulisan ini selanjutnya, izinkan saya menyatakan bahawa pandangan-pandangan saya mengenai pemasaran adalah berdasarkan pembacaan serta pengalaman semata-mata.

Saya tidak pernah ikuti latihan formal di dalam subjek pemasaran, kecuali menghadiri seminar-seminar pemasaran kendalian pakar-pakar pemasaran yang antaranya Al Ries dan Jack Trout iaitu perunding pemasaran dari Amerika Syarikat yang melahirkan konsep positioning. Saya akan sentuh mengenai taktik pemasaran mereka yang berkesan ini pada masa-masa akan datang.

 

Oleh kerana tiada latihan formal, saya berpendapat, apa yang saya tulis ini tiada autoriti untuk dijadikan teks rujukan akademik. Sebaliknya, ia boleh digunakan untuk Pemasaran Gunaan atau Applied Marketing. Ertinya, jika anda memperoleh inspirasi dari tulisan saya ini, anda boleh aplikasikan idea-idea ini untuk perniagaan anda dengan mudah dan semerta.

 

Maaf juga kepada anda yang ternanti-nanti kolum ini. Kesibukan bukannya alasan artikel di kolum ini lewat terpapar. Sebenarnya, saya mengambil sedikit masa untuk mengandam bentuk tulisan yang mudah difahami. Tujuannya agar anda sentiasa mempunyai semangat untuk terus berniaga. Biar saya tiup semangat anda agar ia terus membara. Saya tidak mahu membakar semangat, takut-takut nanti ia rentung!

 

Sebelum saya memulakan, izinkan saya nyatakan bahawa, jika anda punyai banyak ilmu pemasaran, anggaplah apa yang saya sampaikan ini sebagai dessert atau pencuci mulut. Ertinya, ilmu yang saya sampaikan ini hanyalah ulangkaji apa yang anda ketahui dari sudut yang berbeza.

 

Sebaliknya, jika anda berasakan yang anda kurang ilmu pemasaran, sila ambil nota-nota yang saya sampaikan ini bagai appetizer ataupun pembuka selera. Ertinya, ilmu yang dibicarakan ini perlu ditambah dari sumber-sumber lain sebagai pelengkap.

 

PENGALAMAN

Pengalaman saya yang paling berkesan dalam mempraktikkan pemasaran adalah untuk syarikat ALAF DUA PULUH SATU iaitu sebuah penerbit buku kreatif dan ilmiah. Saya masih lagi menerajui syarikat ini sejak ia mula beroperasi pada tahun 1997. Kini, setelah melebihi sedekad, ALAF DUA PULUH SATU muncul sebagai salah sebuah syarikat penerbitan buku yang dikenali ramai.

 

PEMASARAN ITU MENGHEBAHKAN

Bagi saya, pemasaran itu ialah menghebahkan apa yang ingin dijual kepada seramai mungkin manusia. Tujuan utamanya ialah untuk memperkenalkan produk yang dipasarkan. Penghebahan itu akan menarik perhatian mereka. Jika ada rezeki, mereka yang tertarik itu akan membeli produk yang dihebahkan itu. Andainya tidak, sekurang-kurangnya mereka sudah kenal dengan produk kita.

 

Kita pula mesti terus memperkenalkan produk yang dijual. Proses pemasaran ini tidak boleh berhenti. Ia mesti berterusan selagi kita berniaga. Umpamakan diri kita sedang berdiri di eskalator yang menurun ~ jika kita tidak terus mendaki, kita akan dapati diri kita berada di aras asal.

 

PEMASARAN TAK BOLEH BERHENTI

Jika kita hanya menjual dan berhenti menghebah apa yang dijual, kalangan pembeli akan merosot. Akhirnya, apa yang dijual itu akan kehilangan pembeli. Ada banyak contoh-contoh produk yang begitu berjaya di masa lalu akhirnya merosot jualannya dan tidak terkenal lagi kerana syarikat tersebut hanya menjual tetapi tidak terus menghebahkan apa yang dijual.

 

Antaranya ialah pil pening kepala Dusil, Tonik Cap Gajah, sabun basuh Drive, rokok 555, restoran Bilal dan roti Sunshine. Ada di antara produk-produk ini sudah tiada lagi di pasaran kerana sudah kehilangan pembeli. Puncanya ialah, ketika ia laris dan terkenal, mereka yang menjualnya telah berhenti menghebah apa yang mereka ada. Kerana itu, para pelanggan mula melupakan kehadiran produk itu dan pelanggan baru pula tak tahu akan kewujudannya kerana tiada langkah-langkah pemasaran dilakukan. Akhirnya jualan terus merosot.

 

Sebab itulah kita mesti sentiasa hebah, hebah dan terus hebahkan apa yang dijual agar pelanggan akan terus ingat produk kita bila mereka berniat untuk membeli jenis produk yang kita jual.

 

Sekian buat kali ini. Jumpa lagi.

title_norden_827190752.jpg

Hantarkan pendapat dan pandangan anda di ruangan bawah.

Pendapat (0 dihantar):

Hantar pendapat anda comment
Sila masukkan kod nombor yang anda lihat pada imej:
  • email Email kepada rakan
  • print Versi cetak
  • Plain text Plain text
TaG
Tiada tag untuk artikel ini
Pilih artikel ini
4.00