Sections
Newsletter
Email:
Niaganews
Anda berminat untuk memaparkan berita perniagaan anda di Niaganews.com?
Kenali Usahawan
Utama | Info Niaga | Runcit | Produk MINDA Farmina Bio Plus Bantu Pelajar

Produk MINDA Farmina Bio Plus Bantu Pelajar

image Produk keluaran jenama FEMINA

Berasaskan rumusan biokimia homeopati dan bioteknologi herba, produk yang terdiri daripada Bio QI, Bio Haz, Bio Sasmat dan BioLingua itu dikatakan mampu membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

 

BERHADAPAN dengan anak-anak yang bermasalah dalam pembelajaran, lemah daya ingatan, tiada semangat untuk belajar dan kurang keyakinan diri pasti merunsingkan setiap ibu bapa.

Sekali imbas, wajah mereka normal, malah mereka boleh bertutur, mendengar, memahami dan cukup sifat, namun di sebalik itu ada kekurangannya yang harus diberi sokongan dan bantuan.

Usaha Dr. Farmina Hassan mencari formula produk kesihatan menghasilkan Farmina Bio Plus yang berasaskan rumusan biokimia homeopati dan bioteknologi herba.

Pengalaman beliau sendiri sebagai guru kaunselor banyak mempertemukan dirinya dengan pelajar-pelajar sekolah, khususnya yang menghadapi pelbagai masalah seumpamanya.

Berasaskan rumusan biokimia homeopati dan bioteknologi herba, produk yang terdiri daripada Bio QI, Bio Haz, Bio Sasmat dan BioLingua itu dikatakan mampu membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Farmina Bio Plus & Consultant Sdn. Bhd (FBPC), Ayob Muhammad berkata, produk ini bukan sahaja tiada kesan sampingan, tetapi juga mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan yang memiliki kilang sendiri berstatus Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP).

femina_2_636263457.jpg

Produk MINDA FARMINA yang dikeluarkan di kilang sendiri.

Menurutnya, FBPC merancang untuk memperkenalkan program Anakku Bersama Farmina yang dianjurkan sama ada dengan pihak sekolah sendiri atau dengan koperasi sekolah di luar bandar.

''Program ini bertujuan mendekati dan membantu golongan pelajar khususnya yang bermasalah sebagai persediaan menghadapi peperiksaan,'' ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Ayob berkata, FBPC telah melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan kemudahan pembelian dan penjualan secara online melalui laman web www.farminaonline.com Melalui pembelian secara online yang boleh dibuat 24 jam.

''Sebagai penghargaan kepada pelanggan dan sempena pelancaran sistem online ini, kami turut menyediakan peluang kepada pembeli memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk hadiah penginapan di hotel dan pakej pelancongan ke luar negara,'' ujarnya.

FBPC turut menyediakan peluang kepada usahawan dan bakal usahawan untuk dilantik sebagai agen atau pengedar.

Ini termasuk meneruskan usaha menganjurkan program mentor-mentee pada setiap bulan, kepada bakal usahawan untuk memberi bimbingan usahawan kepada mereka.

Sumber : Keratan Akhbar Utusan Malaysia

Kepada individu atau yang berminat untuk membeli, menjadi pengedar atau khidmat nasihat boleh menghubungi:

 

  1. En Ayob Muhammad : No. HP : 019-7532986

  2. Laman web : www.farminaonline.com

Pendapat (0 dihantar):

Hantar pendapat anda comment
Sila masukkan kod nombor yang anda lihat pada imej:
  • email Email kepada rakan
  • print Versi cetak
  • Plain text Plain text
TaG
Tiada tag untuk artikel ini
Pilih artikel ini
5.00